KELEBIHAN NANOSEL

Kompaun Nano-Sel adalah unsur campuran tambahan istimewa yang terkandung di dalam Baja Organik Dr.Nano & Tawan Dang ini. Kompaun ini melalui proses kimia dan fizikal untuk penstrukturan sel-sel sintetik polimer (Polimer R) daripada mineral semulajadi yang membentuk sel Patrial Amorphous melaluiteknologi Nano yang menjadi ejen penyerap nutrien & mengawal perlepasan nutrien kepada tumbuhan secara kompleks.

    

    Ejen NanoSel ini menyerap nutrien secara efektif & mengawal penyaluran nutrien kepada struktur tumbuhan (akar, batang & lain-lain) secara perlahan (slow release process) sehingga 3 bulan. Struktur Patrial Amorphous ini mampu menyerap 80% nutrien & melepaskan 20% nutrien kepada tumbuhan selama beberapa minggu dan kemudian melepaskan secara berperingkat mengikut keperluan tumbuhan. Ini menghalang nutrien hilang diserap ke dalam tanah. Proses ini membantu proses pertumbuhan tanaman yang sihat & ia menjimatkan penggunaan baja dan racun.

   

    Teknologi NanoSel ini juga berfungsi menyediakan nutrien Sekunder sebagai nutrien tambahan kepada tumbuhan seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), & Sulfur (S) serta nutrien tambahan seperti Besi (Fe), Zink (Zn) dan Silika (Si) yang membentuk & pelbagai nutrien lain terutamanya Silika Oksida (SiO) yang membantu tumbuhan menyerap zat & nutrien dengan lancar.

     Selain itu Baja Organik Dr.Nano & Tawan Dang ini diperkayakan dengan 17 jenis Asid Amino yang membantu kadar tumbesaran & pembentukan sel-sel tumbuhan dengan cepat terutamanya pada sistem akar yang akan membentuk akar-akar kecil (akar cari makan) & sel-sel kulit baru & muda. Tanaman akan menjadi lebih kuat serta kukuh, memulihkan & menghindarkan daripada jangkitan. Ini mengurangkan kitaran masa tanaman untuk matang, dewasa, berbunga serta berbuah & cepat membesar. Hasilnya, produk tanaman yang sihat & berkualiti.

No comments:

Post a Comment