Dulunya, anak jati dari Rantau, Negeri Sembilan ini, K
Kuichalan, 45, jurutera di sebuah kilang elektronik.
Dia juga tidak pernah mengetahui selok-belok berkaitan
aktiviti pertanian.
Segalanya berubah selepas Kuichalan mengambil skim
pemberhentian sukarela (VSS) di kilangnya pada 2012.
Dia memilih bidang pertanian kerana mampu memberikan
pulangan lumayan berbanding makan gaji.
Anak jati dari Ulu Kanchong, Rantau ini berkata, dia
tidak menyangka projek perintis fertigasi tanaman cili diwujudkan Yayasan
Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) memberi pulangan lebih RM10,000
sebulan.
“Sejak mengambil VSS pada 2012, saya hanya duduk di
rumah selepas permohonan kerja tidak dilayan kerana faktor usia.
“Justeru, saya bekerja sambilan di sekitar Seremban
selain terbabit dalam jualan atas talian,” katanya.
Pada Julai tahun lalu, NAAM mengumumkan pencarian
lapan peserta projek tanaman cili dan dia memohon dan tidak sangka terpilih
antara peserta projek.
“Saya hanya mengusahakan projek ini di tanah
berkeluasan 0.4 hektar di Kampung Ribu, Rantau, Seremban.
“Selepas tiga bulan melakukan semaian dan penanaman,
3,000 kilogram (kg) cili berbuah,” katanya.
Katanya, projek yang dijalankan itu dilakukan di tanah
yang disewa dengan harga RM200 sebulan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, semua 3,000kg cili
itu diambil secara borong oleh FAMA Negeri Sembilan.
“Satu kg cili dijual dengan harga RM5 dan saya meraih
pendapatan RM15,000.
“Pendapatan ini jauh lebih tinggi berbanding gaji
jurutera sedangkan proses menyemai hanya sebulan dan dua bulan lagi tempoh
menunggu,” katanya.
Menurutnya, pendapatan itu dua kali ganda berbanding
pendapatannya sepanjang 15 tahun bergelar jurutera.
Dia juga gembira apabila proses memungut hasil cili
dibuatnya awal Januari lalu dihadiri Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan
Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk M Saravanan. Sumber
The Hard Rock Hotel & Casino - Jackson Hole
ReplyDeleteDiscover 속초 출장안마 the thrill of casino gaming 전주 출장마사지 and see what our 천안 출장샵 customers are looking for when they play. Slots, table 상주 출장마사지 games, 김천 출장샵 live entertainment, restaurants.
pop over to this web-site vibrators,wholesale sex toys,dildos,dog dildo,vibrators,real dolls,dog dildo,sex toys,dildos Look At This
ReplyDelete